Friday, January 21, 2011

Batas-batas Pergaulan..

MASJID KRISTAL...
Maksudnya: Katakanlah(Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka(memandang perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, supaya mereka  menyekat pandangan mereka(daripada memandang perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan jaganlah mereka  memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan ,atau perempuan islam,atau hamba-hamba mereka,atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan,atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-Nur, 30-31)




NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN ALLAH SWT..
Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula melimpahkan perasan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman. Kemudian jika mereka engkar maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah  (yang menolong dan memeliharaku) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkanNya. KepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
(Surah At-Taubah,128-129)


LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM..

Maksudnya: Dan jika seseorang daripada kaum Musyrikin meminta perlindungan kepadamu(untuk memahami islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tetang hakikat islam), kemudian hantarlah dia ke mana -mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui(hakikat islam).
(Surah At-Taubah,6)



HIDAYAT ALLAH SWT..

Maksudnya: Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur hidayat petunjuk Allah (kitab suci Al-Quran), adalah sebagai masyarakat yang berisi sebuah lampu, lampu itu dalam geluk kaca (kandil), geluk kaca itu pula(jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang. Lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa terbit dan terbenamnya (tetapi sentiasa terdedah kepada matahari) hampir-hampir minyak itu dengan sendiri memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api. (Sinaran Nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda). Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturan) kepada Nur hidayatNya itu. Dan mengemukakan berbagai-bagai perbandingan untuk manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah An-Nur,35)




PERIBADI MUKMIN..

Maksudnya: Sesungguhnya yag sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu mereka segera sujud(menandakan taat dan patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka denga perasaan takut(akan kemurkaannya) dengan perasaan ingin memperoleh lagi(keredhaan) dan mereka selalu menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang kami beri kepada mereka.
(Surah As-Sajadah,15-16)




KEMULIAAN AL-QURAN..

Maksudnya: Sekiranya kami turunkan gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), contoh-contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia,yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah yang tidak ada tuhan selain Dia. Yang menguasai (sekian alam) yang Maha Suci, yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan). Dan melimpahkan keamanan, yang Maha melengkapi segala kebesaranNya. Maha Suci Allah Nya. Dialah Allah mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan (daripada tiada kepada ada) yang membentuk rupa (makhluk-makhluknya menurut yang dikehendakiNya). BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-muliaNya. Bertasbih kepadaNya segala yag dilangit dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolok bandinganNya, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Hasyr,21-24)



KEHIDUPAN DIDUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU..

Maksudnya: Daripada Abdullah b.Umar RA berkata: Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda: Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, jangalah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tuggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu masih sihat untuk persediaan semasa kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
(Riwayat Bukhari)




ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH..

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi waliKu, Aku isytiharkan perang ke atasnya. Tiada amalan untuk mendekatkan diri kepadaKu yang lebih Aku sukai selain daripada amalan yang Aku fardukan. HambaKu yang mendekatkan diri kepadaKu dengan sentiasa melakukan amalan sunat (disamping amalan-amalan wajib) Aku lebih mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatannya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalanKu. Jika dia meminta kepadaKu, Aku akan memperkenankannya dan jiak dia memohon perlindunganKu, Aku akan melindunginya.
(Riwayat Al-Bukhari)